Gangguan seksual: Siasatan diteruskan – Polis KL

0
1

SIASATAN berhubung kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Duta akan disegerakan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Beliau berkata, pihaknya sudah selesai mengambil keterangan semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu.

“Rakaman percakapan turut diambil terhadap petugas SJR dan video yang dirakam wanita terbabit akan dijadikan sebagai bukti.

“Polis akan menyiasat seadil-adilnya dan mencadangkan tindakan selanjutnya kepada Pejabat Peguam Negara selepas siasatan selesai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Saiful Azly berkata, anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu juga sudah ditarik keluar dari penugasan di SJR berkenaan.

Pada 13 Februari lalu, seorang wanita mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis di SJR Jalan Duta ketika dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam.

Video pengakuan wanita berkenaan tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dari netizen yang mahu tindakan segera diambil polis.

Wanita itu mendakwa anggota polis berkenaan juga memintanya membuka baju tidur sebagai bukti dia tidak memakai coli. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/15/ngo-sambut-baik-ruu-gangguan-seksual/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here