Azalina bingung Dewan Rakyat tak boleh bersidang ketika darurat

0
1

TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said ‘bingung’ apabila kerajaan tidak dapat mengadakan sidang Parlimen semasa darurat, seperti mana dilakukan di negara lain.

Beliau berkata persidangan boleh dilakukan dengan mengurangkan bilangan Ahli Parlimen yang menghadiri persidangan, menetapkan tempoh persidangan yang fleksibel, dan menyiarkan prosiding Dewan.

“Kerajaan memilih untuk menggantung sidang Parlimen sama sekali, daripada mencari cara supaya prosiding Parlimen boleh dilakukan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Azalina berkata Jabatan Peguam Negara boleh menasihati kerajaan supaya menghentikan semua kegiatan jawatankuasa Parlimen walaupun secara maya.

Beliau turut berkongsi surat berkenaan menerusi ciapan di Twitter miliknya.

“Pemandulan badan Legislatif dan cadangan saya kepada AG untuk menubuhkan Kabinet Darurat Khas dan Jawatankuasa Parliamen Khas Bipartisan.

“Rujuk pautan di bawah untuk surat saya kepada YBhg Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara,” katanya menerusi ciapan berkenaan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here