Presiden PAS dimasukkan ke IJN

0
2

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

Berita mengenainya dikongsi pemilik Facebook Ustaz Dr Zamri Zainuldin lewat malam tadi.

Menerusi perkongsian itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilaporkan telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya akibat sesak nafas, jam 7.50 malam.

Turut hadir di Hospital Putrajaya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.

“Doktor telah memaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan. Beliau akan membuat swab test di IJN,” menurut hantaran itu.

Difahamkan, Abdul Hadi telah dibawa dengan ambulans ke IJN pada jam 9.25 malam.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi hantaran di Facebooknya turut memaklumkan beliau menerima berita Abdul Hadi dibawa ke hospital tadi untuk rawatan.

“Dalam keadaan stabil kini. Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan terbaik dan segera sembuh,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here