PKP sambung atau tidak dijangka umum petang ini

0
1

KERAJAAN dijangka mengumumkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau sebaliknya hari ini.

Pelanjutan PKP atau digantikan dengan PKP Bersyarat (PKPB) dijangka diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan tempoh PKP ketika ini akan berakhir Khamis ini.

PKP 2.0 mula dikuatkuasakan di enam negeri pada 13 Januari lalu selama 14 hari sebelum diperluaskan ke seluruh negara kecuali Sarawak, dan dilanjutkan hingga 18 Februari bagi mengekang penularan Covid-19.

Sementara itu, kerajaan kemungkinan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran ketika tempoh PKP menerusi pembukaan beberapa lagi sektor ekonomi.

Difahamkan, antara yang akan dibenarkan kembali beroperasi adalah perkhidmatan salon kecantikan.

Pada 4 Februari lalu, kerajaan bersetuju membenarkan kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dan pasar malam beroperasi sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

Minggu lalu, Ismail Sabri mengumumkan baki sektor peruncitan dibenarkan dibuka termasuk kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barangan fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga dan nurseri. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/13/10-diberkas-ingkar-pkp-dengan-berjudi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here