Biar polis siasat, DAP tak perlu hukum – Annuar

0
1

TAK pelu DAP nak hukum, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sambil mengingatkan DAP supaya tidak mendahului siasatan polis.

“Tak perlu DAP nak menghukum sebelum siasatan kerana itu cara DAP. Biar polis teruskan siasatan tanpa fear or favour (takut dan pilih kasih).

“Dapatkan fakta… sayakah menganjurkan jamuan? Di kedai? Restoran atau dalam farm? prosedur operasi standard (SOP) mana yang dilanggar… polis wajib buat keputusan,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Annuar turut memuatnaik hantaran ciapan DAP dalam Twitter yang antara lain mempersoalkan tindakannya yang dikatakan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mahu beliau dikenakan tindakan tegas seperti rakyat biasa yang lain.

Semalam, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng meminta tindakan tegas dikenakan kepada Annuar dan memintanya meminta maaf secara terbuka.

Malaysiapost sebelum ini melaporkan, Annuar mengakui penganjur program yang dihadirinya tidak mematuhi SOP.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Ketereh itu memohon maaf kerana hanya duduk sekejap dan kemudian berpindah kerana penganjur tidak mengikut SOP.

“Tadi semasa di ladang, saya duduk sekejap dan pindah kerana penganjur tak ikut SOP. Bukan tak sudi atau tak hargai tuan rumah, tetapi perlu ikut SOP. Saya pohon maaf, diharap tiada yang tersinggung.

“Walau bagaimanapun, saya teruja dengan kegigihan komuniti jayakan Urban Farm kita. Hidangan di ladang nampak dalam gambar macam dalam restoran, walau di farm dan outdoor, elok amalkan penjarakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here