SEBANYAK 2,176 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes dalam negara meningkat kepada 218,335.
Sejak lebih sebulan lalu, ini pertama kali Malaysia mencatat kes harian di bawah angka 3,000 dua hari berturut-turut, selepas sebanyak 2,464 kes dilaporkan semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) daripada keseluruhan kes hari ini, cuma satu kes import dan selebihnya penularan tempatan.
Jumlah kes aktif di Malaysia kini 47,135 kes di sebalik 4,521 kes sembuh baharu.
Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 910 diikuti Johor (269), Sarawak (246), Kuala Lumpur (182) dan Negeri Sembilan (145).
Buat pertama kali sejak sekian lama Sabah mencatatkan kes harian di bawah 100 iaitu 97 kes hari ini, diikuti Pulau Pinang (91), Perak (83), Terengganu (53), Kedah (33), Kelantan (31), Pahang (15), Melaka (14) dan Putrajaya (7).
Perlis dan Labuan tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baharu hari ini.
Sebanyak 10 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 975 kes. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/15/buku-panduan-pelan-imunisasi-covid-19-dilancar-esok/

