UMAT Islam kini berdepan pelbagai cabaran termasuk yang menggugat akidah terutama membabitkan fitnah daripada musuh Islam.
Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Ahmad Husam Baderudin, mendedahkan pihaknya mendapat makluman mengenai terdapat umat Islam yang kini berdepan krisis akidah.
Menurutnya, perkara itu diberitahu oleh individu terbabit kepadanya sendiri dengan meminta bantuan daripadanya baru-baru ini.
“Allahuakbar! Mengeletar tubuh badan setiap kali berhadapan dengan isu seperti ini,
“Mahu ataupun tidak, kita terpaksa berhadapan kerana kita berada pada fitnah akhir zaman,” katanya yang dikongsi di laman Facebooknya hari ini.
Beliau turut berkongsi tangkap layar individu yang meminta bantuan daripadanya susulan menghadapi krisis akidah.
Antara kandungan mesej yang diterima Ahmad Husam itu, individu berkenaan memberitahu hatinya berbolak-balik dengan menggambarkan apabila siang dia merasakan beragama Islam dan sebaliknya pula ketika malam.
Menurutnya, mungkin ada ramai lagi umat Islam yang berdepan krisis yang sama dan keadaan itu sangat membimbangkan.
“Bayangkan berapa ramai lagi diluar sana yang sedang berhadapan krisis seperti Ini?
“Semoga Allah Swt memelihara mereka..Ya Allah, berikanlah kekuatan pada diriku ya Allah,” doanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/29/ajaran-sesat-agama-melayu-ibu-yati-ancam-saman-ydp-yadim/

