Alisson terus sedekahkah 3 mata buat pasukan lawan

0
2

LEICESTER City hanya memerlukan enam minit untuk memadam gol awal Liverpool untuk memastikan skuad The Foxes itu menang 3-1 di King Power Stadium.

Jaringan Mo Salah pada minit ke-67 ternyata belum cukup untuk menutup kesilapan yang dilakukan penjaga gawang mereka, Alisson Becker.

Leicester hanya memerlukan 11 minit untuk menyamai jaringan berkenaan menerusi gol sepakan percuma James Maddison.

Pada minit ke-81 adalah detik memalukan buat Alisson yang terlibat dalam satu lagi kesilapan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Alisson keluar daripada kawasannya untuk mengeluarkan bola. Dia bertembung dengan Ozan Kabak. Bola sampai ke kaki Vardy dan terus menyumbat masuk bola ke gawang yang ternganga.

Dalam kedudukan 2-1, Liverpool cuba membalas serangan, namun menerusi serangan balas Leicester memperoleh gol ketiga yang disempurnakan Harvey Barnes.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here