Akaun sulit Umno: ‘Bersatu, jangan buat kenyataan tuduhan’ – Annuar

0
2
KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media selepas pertemuan khas di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa mendakwa sepanjang beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, parti itu tidak pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia atau sulit.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sepanjang lebih 20 tahun dia berada dalam kepimpinan Umno perkara itu tidak pernah diputuskan dan menyifatkan isu mengenainya adalah bersifat tuduhan.

Menurutnya, maka pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau parti lain tidak patut mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

“Akaun sulit Umno? Pemimpin Bersatu atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bersifat tuduhan.

“Ini tidak membawa kepada sebarang kebaikan,” katanya melalui ciapan di Twitter semalam.

Rabu lalu, media melaporkan Umno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik sejak 1988.

Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114.16 juta yang dituntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno dalam saman pelucutan hak berkaitan 1MDB terhadap OBYU Holdings adalah milik parti itu.

Susulan pendedahan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan perkara itu sebagai pengkhianatan yang jelas terhadap perlembagaan parti dan ahli Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here