“TERPULANG kepada mereka untuk menilai. Saya tiada kuasa untuk tutup mulut mereka,” jelas Pelakon Nur Fathia Latiff.
Kenyataan Fathia itu bagi menjawab kontroversi berhubung rawatan suntikan filler pada rahang yang dilakukannya baru- baru ini, sehingga mengundang reaksi pelbagai netizen.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 33, berkata, rawatan yang dilakukan hanya untuk tujuan kecantikan dirinya dan tidak bermaksud untuk mengubah ciptaan asal.
“Mengenai netizen yang mempersoal dan mempertikai tindakan saya (suntikan), itu terpulang kepada mereka untuk menilai. Saya tiada kuasa untuk tutup mulut mereka.
“Lagipun suntikan rahang itu hanya satu pilihan. Jadi, terpulang kepada anda untuk lakukan atau tidak,” katanya seperti dilapor Kosmo.
Tambah pelakon drama Ariana Rose itu, dia juga tidak memaksa mana-mana individu untuk melakukan perkara sama.
Terdahulu, Fathia menjadi bualan dalam kalangan netizen apabila berkongsi sebuah video menerusi Instagram memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan suntikan filler pada bahagian rahang mukanya.
Rata-rata pengikut dan netizen memberikan reaksi kurang senang bahkan mengecam perbuatan Fathia.
Tidak kurang juga, ramai yang memberikan nasihat dan peringatan tentang dosa mengubah ciptaan Tuhan.
“Sebarang penambahbaikan pada rahang atau muka adalah haram mengikut Islam.
Melihat hijabis melakukan penambahbaikan pada muka tidak menjadikannya halal,” tulis netizen.
Bahkan ada juga peminat yang membandingkan wajah Fathia dahulu dan sekarang yang dikatakan kelihatan berbeza.
Sehingga hari ini, video yang dimuat naik itu meraih hampir 163,934 tontonan, sementara ruangan komen yang sebelum ini dibanjiri netizen telah ditutup. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:

