Bersatu, PAS bincang pembentukan Badan Perhubungan Negeri PN Selangor

0
1

PIMPINAN Bersatu dan PAS Selangor telah membincangkan usaha pembentukan Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Selangor.

Mesyuarat yang berlangsung pada 5 Februari lalu dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata perbincangan itu berlangsung dengan penuh semangat musyawarah.

Katanya, ia bagi memberi fokus kepada pembentukan struktur organisasi yang strategik, wibawa dan dinamik untuk menjana kekuatan baharu.

“Lanskap politik Selangor serta cabaran-cabaran semasa menuntut supaya PN menampilkan politik progresif dan berpencerahan dengan fokus memperkukuh perpaduan, prihatin kebajikan, menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi mampan.

“Justeru, PN Selangor komited menggembleng kekuatan setiap parti anggota untuk mewakili kerencaman masyarakat dan kepelbagaian budaya di Selangor.

“Kita akan terus memperkukuh dan memberdaya kepimpinan sehingga ke peringkat akar umbi untuk menjamin kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata pengalaman bekerja bersama Bersatu dan PAS dalam kerajaan Selangor di era kerajaan terdahulu pasti akan memperkukuh kekuatan dasar dan pelaksanaan gerak kerja demi masa depan Selangor yang lebih gemilang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here