500,000 pelitup muka untuk rakyat

0
1

KEMENTERIA N Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima kira-kira 500,000 pelitup muka sumbangan Anggun Kirana Sdn Bhd dan Maystar Beauty Sdn Bhd untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. 
Kesemua pelitup muka perubatan membabitkan yang diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA) itu bertujuan meringankan beban rakyat dalam berdepan dengan pandemik Covid-19. 
Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah berkata, inisiatif itu juga dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina.
“Usaha CSR kami ini untuk mengurangkan beban rakyat dan frontliner pada masa pandemik ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Zuraida Kamarudin hari ini. 
Hadir sama, Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd yang juga pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua serta duta jenama Neutrovis, Izzue Islam.
Sebanyak 10,000 kotak pelitup muka bernilai RM350,000 disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan petugas barisan hadapan.
Sementara itu, Zuraida mengucapkan syukur atas inisiatif Neutrovis dan Himaya.
“Terima kasih kepada Anggun Kirana dan Maystar Beauty kerana telah menyumbangkan pelitup muka kepada golongan rakyat yang memerlukannya.
“Pelitup muka ini adalah istimewa kerana diluluskan oleh MDA. Saya harap sumbangan ini dapat membantu penduduk PPR dan golongan B40, ” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here