Berkat sabar tempuh ujian, jurugambar Malaysia nikah model cantik Rusia

0
1

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah perumpamaan sesuai buat seorang jurugambar Malaysia, Mohd Anwar Mohd Yusli, 27 yang selamat mendirikan rumah tangga dengan model cantik dari Rusia, Anna Eltsova, 23.

Mohd Anuar berkata, dia berkenalan dengan isterinya menerusi satu sesi pengambaran pada 8 Julai 2018.

“Masa itu saya shoot dia untuk satu photoshoot pakaian.

“Dia memang ‘full-time’ model di Malaysia. Dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan.

“Mula-mula kenal, keluarga was-was. Tapi lama-kelamaan saya yakinkan keluarga. Sebab Anna lain yang lain,” katanya seperti dilapor Mstar.

Mohd Anuar berkata, apabila sudah lama kenal antara satu sama lain, dia melihat gadis itu boleh menyesuaikan diri dengan budaya Malaysia.

“Jadi kawan-kawan dan keluarga berikan sokongan kepada kami.

“Saya membuat lamaran pertama kali bulan Februari tahun lepas, saya bagi cincin tanda pertunangan. Alhamdulillah, saya dapat mengharungi dugaan pertunangan dengan Anna,” katanya.

Beliau menjelaskan majlis pernikahannya berlangsung di Panglima Garang, Selangor, kelmarin.

Mohd Anuar berkata, komunikasi tidak menjadi masalah besar kerana Anna pernah bersekolah di Amerika Syarikat dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris malah kini semakin lancar berbahasa Melayu.

Jelas Mohd Anuar, sepanjang bertunang mereka melalui pelbagai cabaran namun keikhlasan dalam hubungan menyatukan cinta mereka berdua.

“Memang agak mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami, ” katanya.

Terdahulu, video di TikTok menampilkan pasangan itu mencuri perhatian ramai sehingga mencecah 1.8 juta tontonan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here