Selangor catat kadar Rt 1.13, tertinggi di Malaysia

0
1

SELANGOR mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.13 setakat semalam.

Berdasarkan infografik yang dikongsi di Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62).

“Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.99,” katanya.

Semalam, sebanyak 3,391 kes Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di dalam negara terus meningkat kepada 234,874 kes.

Selangor terus kekal negeri tertinggi bilangan kes dengan 1,228 kes, diikuti Johor (598) dan Kuala Lumpur (395).

“Negeri-negeri lain mencatatkan bilangan di bawah 200 kes dan tiada negeri zon hijau selepas Perlis merekodkan satu kes positif. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/backlog-cases-punca-kes-covid-19-di-selangor-naik-mendadak-mb/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here