PBNP kena bayar Sumareh RM4.9 juta

0
1

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta) tunggakan gaji kepada Mohamadou Sumareh.

Difahamkan, FIFA membuat keputusan itu setelah Sumareh membuat aduan mengenai gajinya yang tidak dibayar, lapor NST.

Pemain kelahiran Gambia yang merupakan pemain naturalisasi negara, meninggalkan Pahang pada Ogos tahun lalu setelah mendakwa pasukan itu gagal membayar gaji seperti termaktub di dalam kontrak.

Sumareh menandatangani kontrak dengan skuad Tok Gajah sehingga 2022 dan dikatakan mempunyai kenaikan gaji AS$5,000 (RM20,362) setahun pada musim kedua.

Namun FIFA dilaporkan mendapati Pahang gagal membayar gaji mengikut kontrak yang telah ditandatangani.

Jumlah US$1.2 juta yang diumumkan oleh FIFA adalah jumlah hutang dalam tahunan ditambah pula dengan pelanggaran kontrak untuk musim 2020 dan 2021.

Ini adalah jumlah terbesar yang telah diraih oleh pemain dari Liga Malaysia.

Pahang FA diberi tempoh selama 45 hari untuk menyelesaikan tunggakan gaji itu.

Bagaimanapun mereka boleh membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara sukan jika alasan dikemukakan FIFA tidak cukup kuat untuk menghukum mereka.

Kegagalan membayar tunggakan gaji kepada pemain yang berusia 26 tahun itu akan menyaksikan Pahang dikenakan sekatan perpindahan dan pemotongan mata liga.

Sebelum ini, PBNP menafikan Sumareh tidak dibayar gaji kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:


https://malaysiapost.com.my/2021/01/03/hanya-persinggahan-di-thailand-sumareh-kembali-ke-liga-malaysia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here