Pelitup muka: Masih ramai degil dan ingkar

0
1

MASIH degil. Kesimpulan itu merujuk kepada 144 individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak memakai pelitup muka, semalam.

Walaupun sudah ‘berbuih mulut’ pesanan mewajibkan memakai pelitup muka, kesalahan itu adalah yang tertinggi berbanding melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang lain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 144 kesalahan itu adalah antara 643 kesalahan ingkar PKP yang dikesan pihak berkuasa.

“Daripada jumlah itu, 623 dikompaun manakala 20 individu direman. Antara kesalahan lain yang direkodkan adalah rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (112), tiada penjarakan fizikal (133), gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (112).

“Selain masih terdapat premis beroperasi lebih masa, tanpa kebenaran (34), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42) dan lain-lain (66),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 8,717 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 299 orang disahkan positif Covid-19.

“Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 305,620 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 13,202 majikan.

“Daripada jumlah ini seramai 6,028 orang telah disahkan positif Covid-19 manakala 299,592 lagi adalah negatif,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/malaysia-di-kedudukan-ke-16-kecekapan-menguruskan-covid-19-ismail-sabri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here