Banjir di Sarawak, lebih 1,000 penduduk dipindahkan 

0
1

MANGSA banjir di Sarawak meningkat dengan 1064 penduduk daripada 341 keluarga di beberapa kawasan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini. 

Banjir gelombang ketiga yang melanda sejak Selasa lalu menjejaskan kawasan di Samarahan, Bintulu dan Serian. 

Setakat ini 18 PPS dibuka di ketiga-tiga kawasan terbabit dengan Serian paling ramai mangsa yang terjejas. 

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan di Serian seramai 779 mangsa daripada 251 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS. 

Di Samarahan pula enam PPS masih beroperasi dengan menempatkan seramai 277 mangsa daripada 88 keluarga. 

Sementara itu, di Bintulu hanya satu PPS dibuka iaitu di Dewan Sukan Tatau membabitkan lapan mangsa daripada dua keluarga 

Keadaan hujan lebat yang cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lalu menyebabkan situasi banjir di Sarawak berlanjutan sehingga kini. – Malaysiapost 

.

Foto Kredit: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here