BUKAN sekali tetapi 136 kali. Itulah percubaan ‘berani mati’ individu yang cuba menggodam Instagram Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkara itu didedahkan sendiri baginda menerusi Instastory yang turut menyatakan percubaan ‘hack’ 136 kali itu dilakukan dalam tempoh dua hari.

TMJ turut memaparkan butiran penggodam yang menggunakan IP yang bertempat di Daqing, China. Selain itu, beberapa IP lain yang digunakan penggodam turut didedahkan bersama.

Berdasarkan perkongsian berkenaan, ‘hacker’ berkenaan telah membuat ratusan percubaan dalam meneka password Instagram TMJ di mana setiap IP dibuat sebanyak empat percubaan.
“You try hacking the wrong guy… You play with the wrong guy,” titah baginda.
Laman Instagram TMJ iaitu hrhcrownprinceofjohor mempunyai 2.9 juta pengikut yang turut diikuti beberapa bintang bola sepak dunia seperti Cristiano Ronaldo. -Malaysiapost

