Positif Covid-19: ‘Allah cuma tarik sedikit nikmat sahaja’ – Ustaz Firdaus Wong

0
1

PENDAKWAH terkenal yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung, disahkan positif Covid-19 hari ini.

Makluman itu disampaikan sendiri beliau melalui laman Facebook yang meminta individu atau kenalan yang pernah berjumpa dengannya dalam tempoh 10 hari lalu untuk membuat ujian saringan Covid-19.

“Saya baru sahaja menerima panggilan dari hospital memaklumkan tentang keputusan ujian Covid-19 saya adalah positif.

“Innalilah Wa Inna Ilahi Rajiun. Sebagai Muslim saya beriman pada qada’ dan qadar..Allah tidak menguji seorang hamba-Nya melebihi yang dia tidak mampu.

“Buat kenalan yang pernah berjumpa dengan saya dalam tempoh 10 hari yang lepas, saya mohon agar sahabat pergi jalani ‘swab test’ dan kuarantin diri anda sehingga keputusan diperolehi.

Menurutnya, sebagaimana keputusan Covid-19 yang positif, beliau juga positif menerima ujian itu dan menganggap pasti ada kebaikan dan hikmahnya.

Firdaus Wong, memaklumkan dia menjalani ujian denggi dan juga Covid-19 semalam, dimana keputusan ujian demam denggi adalah negatif.

“Apa jua keputusan, kita perlu terus mensyukuri nikmat dari Allah dan bersabar atas ujian dari-Nya.

“Kita dah sihat lama dah, Allah cuma tarik sedikit nikmat sahaja,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here