PENDAKWAH, Ebit Lew mengakui malu selepas dilayan sebagai kawan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ebit memaklumkan beliau terkesan dengan akhlak dan sifat yang ditunjukkan TMJ, sedangkan dirinya cuma orang biasa.
“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya.
“Tuanku juga ingin taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor,” katanya.

Ebit juga memaklumkan TMJ adalah individu yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia.
“Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.
“Dari awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ,” katanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/03/ebit-lew-akhiri-misi-10-hari-bantuan-di-sabah/

