‘Semua jawatan termasuk Presiden dipertandingkan’ – Zahid

0
1
PUTRAJAYA 26 March 2015. Temubual eksklusif bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya di Kementerian Dalan Negeri, Putrajaya. (Eksklusif BH). NSTP/ Sairien Nafis.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa semua jawatan dalam Umno termasuk presiden terbuka untuk ditandingi pada pemilihan parti itu tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau mahu menterjemahkan bahawa beliau dan parti terus mengamalkan demokrasi dalam memilih barisan kepemimpinan.

Katanya, Umno pernah menyaksikan dua jawatan tertinggi parti sebelum ini tidak ditandingi di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Ketika saya mengambil alih dengan menjalankan tugas presiden, perkara itu dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) dan saya putuskan bahawa jawatan presiden, timbalan dan naib presiden serta semua jawatan terbuka untuk ditandingi.

“Saya mesti terus terjemahkan bahawa saya adalah seorang yang demokrasi dan disebabkan itu, pada pemilihan 2018, jawatan presiden ditandingi tiga orang.

“Kali ini, kalau tujuh orang nak bertanding pun (jawatan presiden), lebih ramai lebih baik,” katanya dalam program temubual “Terus Terang” yang disiarkan secara langsung melalui Facebook NRchanneltv.net.

Menjawab soalan mengenai beliau diasak untuk meletak jawatan, Ahmad Zahid berkata, beliau ialah presiden yang dipilih secara demokratik dan ia perlu dihormati.

Ahad lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan berkata Perhimpunan Agung Umno 2020 akan diteruskan secara maya jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat masih berkuat kuasa.

Beliau dilaporkan berkata, kaedah pelaksanaan perhimpunan yang lazimnya diadakan secara besar-besaran itu akan dimaklumkan kemudian seiring perubahan berikutan pandemik Covid-19.

Mesyuarat pengurusan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan tetapkan tarikh Perhimpunan Agung Umno bakal diadakan.

Perhimpunan Agung Umno 2020 pada awalnya dijadualkan selama dua hari bermula 30 Januari lalu tetapi ditangguhkan selaras proklamasi darurat dan pelaksanaan PKP. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here