Pemandu wanita tular maki pengguna jalan raya, mohon maaf

0
1

PEMANDU wanita yang tular mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemandu lain dalam kejadian pertengkaran pada Selasa lalu tampil membuat pengakuan maaf.

Wanita yang dikenali sebagai Prof Madya Dr Bahariah Khalid menerusi akaun laman Instagram (IG) membuat satu hantaran permohonan maaf.

“Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Spread the positivity,” tulisnya semalam.

Semakan Malaysiapost mendapati akaun @bahariahkhalid_ miliknya kini sudah dihapuskan.

Wanita tersebut didakwa adalah kakitangan yang berkhidmat Universiti Putra Malaysia (UPM).

UPM dalam kenyataan semalam memandang serius berkenaan isu seorang kakitangannya yang bertengkar dengan pemandu jalan raya yang lain.

Dalam kenyataan itu turut menjelaskan ianya adalah reaksi spontan peribadi wanita itu, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya yang diterapkan oleh UPM.

“Perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu semalam.

Wanita tersebut menjadi perhatian selepas tular sebuah video berdurasi lebih dua minit di mana dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pemandu lain.

Difahamkan, kereta individu lelaki itu hampir bertembung dengan kereta yang dipandu seorang wanita yang membuat pusingan U secara melulu.

Susulan itu, wanita itu mengeluarkan kata cacian malah mendoakan agar lelaki itu dijangkiti Covid-19 selepas beliau membunyikan hon sebagai tanda tidak puas hati. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here