Pasar malam, kedai gunting rambut, ‘car wash’ dibenarkan beroperasi mulai esok

0
1

KERAJAAN hari ini mengumumkan pasar malam, kedai gunting rambut dan ‘car wash’ dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamaatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu dibuat selepas kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati tiada penularan kes Covid-19 berkaitan tiga perniagaan berkenaan.

“Pasar malam dibenarkan beroperasi antara jam 4 petang hingga 10 malam dengan ada penjarakan satu meter antara gerai. Selain laluan keluar masuk yang berbeza iaitu dengan sehala sahaja dan ada pegawasan anggota Rela.

“Mengenai had jumlah kemasukan, kita minta PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) berbincang dengan penganjur pasar malam,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Sementara itu, mengenai kedai gunting rambut Ismail Sabri berkata ia dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

“Tukang gunting diwajibkan memakai pelitup muka, face shield. Manakala apron yang digunakan perlu ditukar bagi setiap pelanggan.

“Hanya gunting rambut sahaja dibenarkan. Facial..kecantikan tidak dibenarkan,” katanya.

Bagi ‘car wash’ pula Ismail Sabri berkata, ia dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

“Namun jika semua perniagaan yang dibenarkan ini termasuklah restoran, pasar tani atau sebagainya ia akan ditutup serta merta jika ada kes positif Covid-19.

“Jika ada pelanggaran SOP pun kita akan tutup juga serta merta,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/kkm-mkn-rangka-5-strategi-tangani-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here