Jumlah aset PM, menteri dalam portal isytihar harta SPRM dipadam?

0
1

PORTAL yang memaparkan maklumat isytihar harta anggota pentadbiran awam yang sebelum ini turut mengandungi jumlah aset yang dimiliki dipercayai telah dipadam.

Sebaliknya ia hanya memaparkan nama, jawatan serta ruangan tanda sama ada sudah mengisyitiharkan atau belum dan tarikh terima.

Perkara itu dikongikan seorang pengguna Twitter @amofficialmy, hari ini.

“Baru check portal perisyitiharan harta SPRM (Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia) dah tak ada dinyatakan pendapatan PM (Perdana Menteri), Menteri ni semua.

“Jumlah aset pun tak ada, yang ada dinyatakan isyitihar ke tak je,” katanya.

Sementara itu tinjauan Malaysiapost di http://mydeclaration.sprm.gov.my untuk mendapatkan kepastian mendapati ia tidak dapat diakses.

Sebelum ini, media melaporkan pada Julai tahun lalu orang awam kini boleh mengakses maklumat isytihar harta anggota pentadbiran kerajaan melalui portal mydeclaration.sprm.gov.my.

Menurut kenyataan SPRM, sehingga kini agensi itu telah menerima maklumat melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terkini.

Dalam portal itu, paparan menunjukkan pendapatan bulanan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/03/isa-samad-disabitkan-bersalah-9-tuduhan-rasuah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here