Isteri degil enggan tinggalkan suami jalani rawatan di wad Covid-19

0
1

Nurul Huda Abhar

SIKAP kurang sopan seorang pelawat yang masuk ke dalam wad pesakit Covid-19 mendapat kecaman hebat di media sosial berikutan tindakannya yang membahayakan diri dan petugas di sebuah hospital di Miri, Sarawak.

Satu video berdurasi 1 minit 34 saat itu tular di media sosial di mana seorang wanita dipercayai isteri kepada pesakit Covid-19 menyelinap masuk ke wad tersebut untuk menemai suaminya.

Wanita yang memakai baju berwarna biru itu juga bertindak memarahi petugas hospital yang menasihatinya agar keluar daripada wad Covid-19 itu.

Difahamkan, wanita tersebut menyelinap masuk ke wad itu kerana tidak boleh berpisah dengan suaminya yang dijangkiti virus Covid-19.

“Kamu tanya semua orang, pernahkah saya pisah sama dia?,” katanya dalam nada marah kerana diarahkan keluar oleh petugas hospital.

Dalam video tersebut, wanita itu juga berkata petugas di wad berkenaan tidak perlu takut kepadanya kerana dia dalam keadaan sihat.

Malah, dia menyalahkan petugas hospital kerana khuatir dengan kehadirannya di wad itu sedangkan mereka sudah memakai pakaian pelindungan diri (PPE).

“Kamu sudah gila. Apa sudah jadi pada kamu. Kenapa takut dengan orang yang sihat.

“Kamu sudah pakai baju (PPE), saya yang bahaya. Kenapa kamu semua takut pada saya,” katanya.

Pada masa sama, wanita itu tidak membenarkan petugas wad mendekati dan menyentuh dirinya.

“Tidak boleh sentuh saya. Cuma polis yang boleh sentuh saya,” ujarnya.

Hospital Miri menerusi kenyataan pada 27 Januari lalu telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kemasukan pelawat ke wad-wad hospital itu berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu di ambil bagi melindungi pesakit dan petugas kesihatan daripada risiko jangkitan dari luar.

Hospital Miri adalah hospital hybrid yang berperanan menguruskan kes positif Covid-19 selain menyampaikan khidmat perubatan bagi kes klinikal biasa dalam masa yang sama. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/26/guru-cekal-mengajar-pdpr-atas-katil-anak-dirawat-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here