SIDANG Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggariskan beberapa strategi menerusi pelan strategik bagi menangani pandemik Covid-19 hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hasil pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggariskan lima strategi bagi menangani Covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 2.0.
“Lima strategi yang digariskan adalah memutuskan rantaian transmisi; mengurangkan morbiditi dan kematian; memperkukuhkan diagnostik dan survelan; mencapai imuniti kelompok dan meningkatkan kesedaran serta pembudayaan normal baharu,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurutnya, perincian strategi itu akan dimaklumkan oleh KKM.
Beliau berkata, Sidang Khas hari ini juga mendengar pembentungan daripada MKN berhubung 10 strategi kerajaan dalam menghadapi pandemik Covid-19 termasuk pengurusan sektor ekonomi dalam fasa PKP 2.0.
“Strategi yang telah digariskan ialah tindakan perundangan melalui Ordinan Darurat, pengurusan tempat tinggal pekerja, pematuhan SOP di tempat kerja, pemantauan pematuhan menyeluruh dan melaksanakan program saringan secara agresif.
“Skuad ABC-19 (Agen Basmi Covid-19) membabitkan sukarelawan, penempatan sementara sektor awam, program imunisasi Covid-19 Kebangsaan, penggunaan teknologi dan naziran lelaksanaan tindakan,” katanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/31/patuh-sop-kunci-utama-bendung-penularan-covid-19/

