Beri kuasa pada negeri tutup kilang punca penularan Covid-19 – MB Selangor

0
1

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) dicadang memberi kuasa kepada kerajaan Selangor untuk menutup atau mengepung kilang yang menjadi punca penularan Covid-19 di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata beberapa kes penularan serta kluster melibatkan pekerja kilang gagal diatasi segera kerana negeri mempunyai kuasa terhad untuk bertindak.

“Kita ada pengalaman untuk cegah wabak tempat kerja merebak, contohnya langkah isolasi terhadap 247 pekerja warga asing di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hujung tahun lalu.

“Sekiranya sedikit tambahan kuasa diberi kepada negeri, usaha mencegah perebakan wabak lebih tersusun dan pantas,” katanya menerusi program Agenda Awani bertajuk ‘Strategi Selangor Perangi Lonjakan Kes Covid-19’ malam tadi, lapor Selangorkini.

Pada 26 November tahun lalu, Amirudin dilaporkan berkata kerajaan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan operasi kilang Top Glove Corporation Bhd yang dikaitkan dengan kluster Teratai.

Ini kerana, katanya, arahan penutupan operasi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/backlog-cases-punca-kes-covid-19-di-selangor-naik-mendadak-mb/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here