Roy Keane garu kepala, label Manchester United ‘ketakutan’

0
1

ROY Keane dan Jamie Carragher mengecam prestasi Manchester United selepas terikat 0-0 dengan Arsenal yang mana Keane, ikon The Red Devils melabel pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer ‘ketakutan’.

United menuju aksi di Stadium Emirates awal pagi tadi dengan memerlukan kebangkitan selepas kalah 1-2 kepada pasukan tercorot, Sheffield United di Old Trafford pada pertengahan minggu, lapor Daily Mail.

Namun, United gagal mecah kebuntuan ketika Edinson Cavani melepaskan dua peluang terbaik untuk meninggalkan London utara dengan hanya sekadar satu mata, walaupun Mikel Arteta tidak dapat meletakkan beberapa pemain utama.

Keane mengecam bekas kelabnya kerana gagal merebut peluang untuk memberi tekanan kepada Manchester City dalam usaha meraih gelaran Liga Perdana.

“Saya menggaru-garu kepala, kerisauan menonton mereka hari ini adalah kerana mereka hampir tidak percaya mereka boleh memenangi perlawanan,” kata bekas pemain Ireland itu di Sky Sports.

“Ini adalah Manchester United. Bayangkan bermain untuk Manchester United dan kurang percaya akan memenangi permainan.

“Anda boleh membuat alasan tetapi ada kekurangan kualiti dan keyakinan serta keinginan untuk mendapatkan hasilnya dan Arsenal layak mendapatkannya.”

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Carragher setuju dengan analisis Keane, yang menunjukkan bahawa United kelihatan puas dengan status mereka sebagai pencabar gelaran.

“Perkara terbesar bagi saya dengan United, biasanya pergi ke Anfield atau Arsenal dan mendapat mata bukanlah hasil yang buruk.  Saya akan lebih marah sebagai penyokong United hari ini daripada Rabu lalu.  Seperti United tidak percaya di mana mereka berada.

“Man City tidak mempunyai penyerang, Liverpool tidak mempunyai pertahanan tengah. [Untuk] Man United ini peluang yang luar biasa.

“Arsenal tanpa tiga pemain terbaik mereka, saya tidak melihat pertarungan pemain-pemain ini (United) untuk mendapatkan kemenangan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here