Tak terluah dengan kata-kata, wanita terlalu sedih kenang nasib menimpa anak angkat

0
1

IBU angkat kepada kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, terkilan dengan kejadian menimpa mangsa.

Wanita dikenali Norlida Abu Hassan itu kelu dan terlalu sedih kerana tidak menjangka kanak-kanak yang diambilnya dari usia dalam pantang meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati.

“Saya rasa macam… tak tahu nak cakap la…anak yang saya bela sejak umur lepas pantang sehingga bulan 10 hari itu umur dia hampir enam tahun.

“Walaupun dia anak angkat, kami anggap dia seperti anak bongsu. Kami beri dia penuh kasih sayang… bukan saya sahaja malah kakak-kakak dan abang-abang dia,” katanya hari ini.

https://twitter.com/Ayujoees/status/1355380729941684225?s=19

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera ibu dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, Melaka, semalam.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui meninggal dunia dalam tong air di rumahnya dengan kesan cedera dan lebam di anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima panggilan pada jam 4 petang daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air di rumahnya.

Bagaimanapun, siasatan di tempat kejadian mendapati ada kesan lebam serta kecederaan di anggota badan kanak-kanak itu.

Sementara itu Harian Metro melaporkan, Norlida berkata, bukan hanya dirinya malah seluruh ahli keluarganya terkesan dengan pemergian kanak-kanak itu yang dianggap seperti darah daging sendiri.

“Saya jaga dia daripada kecil seperti anak sendiri, tak pernah rasa beban malah bersyukur ada anak angkat sepertinya.

“Dia anak yang petah bercakap, bijak orangnya jadi pemergiannya memberi kesan bukan kepada saya seorang tetapi juga suami, juga anak lain iaitu kakak dan abangnya.

“Kalau kena marah sikit sekalipun, dia akan menangis, memanggil Umi jadi tidak kasihan ke individu itu kepadanya,” katanya.

https://twitter.com/Ayujoees/status/1355379949184552960?s=19

Dalam pada itu, Norlida berkata, sebaik mengetahui berita pemergian kanak-kanak itu, dia dan seluruh ahli tidak berlengah sebaliknya bergegas ke Melaka, malam tadi.

“Selepas dapat tahu, kami terus ke balai polis berhampiran meminta kebenaran untuk merentas negeri. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan sehingga kami selamat tiba di sini (Melaka).

“Saya cuba terima pemergiannya cuma berharap keadilan ditegakkan buatnya jika benar dia dibunuh,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Harian Metro

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/kanak-kanak-maut-didera-suami-isteri-direman-seminggu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here