Heliza Helmi kongsi kisah jadi pesakit Covid-19

0
1

PENYANYI dan aktivis kemanusian, Heliza Helmi mendedahkan suka duka bergelar pesakit Covid-19 selepas hampir dua bulan dijangkiti virus berkenaan.

Menerusi satu video Instagram, Heliza memberitahu dia dan adiknya, Hazwani  dijangkiti Covid-19 pada November lalu dan dikuarantin lebih sebulan.

“Qadar Allah. Alhamdulillah ala kulli hal ketentuan Allah itu yang terbaik. Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Dalam kepala ini banyak sangat nak kongsi, jika ada manfaat alhamdulillah.

“Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi. Keluar rumah tinggalkan keluarga November 2020, 1 Januari 2021 alhamdulilah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga.

“Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika (adik) saling memberi motivasi antara kami. Dalam keadaan rasa sakit sangat, adik tetap kena ikuti kelas dalam talian dan duduki peperiksaan,” katanya.

Heliza turut memaklumkan ketika dirawat, dia melihat betapa hebatnya petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus setiap masa kerana ambulans membawa pesakit baharu sentiasa keluar masuk tanpa mengira waktu.- Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/25/roy-positif-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here