62 sukarelawan mula terima suntikan ujian vaksin Covid-19, hari ini

0
1

MALAYSIA hari ini memulakan suntikan vaksin Covid-19 terhadap 62 sukarelawan terpilih secara berjadual bermula di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Facebooknya memaklumkan ia merupakan kajian vaksin Covid-19 pertama negara.

“Seramai 62 individu yang sihat telah dipilih menjadi sukarelawan. Suntikan bermula hari ini dan beberapa hari seterusnya mengikut jadual,” kata KKM di Facebooknya.

Menurut kenyataan itu lagi, seramai 3,000 sukarelawan akan menyertai kajian klinikal fasa tiga ini.

Jelasnya, inisiatif ini adalah kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS).

Kajian itu katahnya berupaya memainkan peranan bagi menjana bukti saintifik dalam pembangunan vaksin SARS-CoV-2.

Pelaksanaannya juga perlu memenuhi piawaian antarabangsa, dasar serta polisi Regulatori Kesihatan negara yang mantap, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Klinikal yang Baik (GCP) dan Deklarasi Helsinki yang akan dipantau secara ketat oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara Malaysia (NPRA) serta Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC), KKM.

“Sebanyak sembilan hospital di seluruh negara, termasuklah Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani terlibat dalam percubaan klinikal di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), KKM. Kajian ini melibatkan 3,000 orang sukarelawan tempatan dalam tempoh 13 bulan,” kata kenyataan itu lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here