Polis bantu pergerakan berhala Thaipusam berbangsa India

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan anggota polis berbangsa India telah membantu untuk mempercepatkan pergerakan berhala selepas diminta penganjur pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam.

Penganjur pergerakan dan Ahli Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee yang hadir dikatakan terdiri daripada warga tua dan tidak mampu melaksanakan tugas memikul berhala berkenaan. Dengan itu, polis yang berada di lokasi membantu pikul berhala dari dalam kuil ke pedati.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tindakan itu berikutan arahan kerajaan yang hanya membenarkan 10 orang sahaja untuk terbabit dalam pergerakan itu bagi memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Video yang dirakam pada jam 3 pagi semalam, di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee memaparkan petugas polis membantu pergerakan pedati dan semua pegawai dan anggota terbabit adalah berbangsa India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video bantuan penugasan polis sewaktu kawalan pergerakan membawa pedati sempena sambutan Thaipusam 2021.

Video pendek itu menunjukkan sekumpulan pegawai dan anggota polis membantu mempercepatkan pergerakan berhala selepas diminta oleh pihak penganjur.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ditalian 03-26002222 atau hotline Polis KL ditalian 03-21159999. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here