Artis bercerai: ‘Doakan yang baik-baik jangan hina, kutuk’

0
2
Ahmad Husam Baderudin Presiden Penyatuan Ummah Malaysia

PRESIDEN Penyatuan Ummah Malaysia, Ahmad Husam Baderudin mengingatkan umat Islam supaya berhenti daripada membuat tomahan tidak sepatutnya terhadap berita rumahtangga selebriti.

Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya berita perceraian rumahtangga artis dititipkan dengan doa yang baik-baik daripada meninggalkan komen berbaur hinaan dan kutukan.

“Peringatan untuk diri sendiri dan jika ada manfaat bersama boleh diambil bersama…

“Saya terbaca satu berita mengenai perceraian seorang artis, sambil itu saya membaca komen-komen daripada netizen.

“Ada yang yang kutuk, hina, komen macam-macam,” kata dalam hantaran di Facebook.

Tanpa menamakan artis yang dimaksudkan, Husam berkata, adalah lebih baik sekiranya warga net mendoakan kebaikan untuk mereka.

“Saya rasa apabila kita membaca berita seperti itu, lebih baik kita berdoa kebaikan untuk mereka daripada kita komen-komen.

“Sebab kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku… Siapa benar dan siapa salah,” katanya.

Ahmad Husam berkata, doa kebaikan orang lain adalah amalan mulia yang mana doa itu akan kembali semula kepada kita.

“Kita pun ada rumahtangga, jika kebaikan yang kita doa untuk orang, doa itu yang akan turut dapat kepada kita. InsyaAllah,” katanya.

Semalam, pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, dan perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama enam bulan.

Menurut Zarina atau lebih mesra disapa Anju, bercerai adalah pilihan yang terbaik kerana dia dan suami sudah tidak sehaluan.
-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here