Anggota polis meninggal dunia ketika kuarantin Covid-19

0
1

SEORANG anggota polis disahkan meninggal dunia ketika menjalani tempoh kuarantin Covid-19 di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang semalam.
Sarjan Mohd Arshad Md Ariffin, 53, yang bertugas di Cawangan Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia kira-kira 9 malam. 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan kematian anggota polis berkenaan.
“Saya sahkan anggota polis ini sepatutnya berada dalam tempoh kuarantin positif Covid-19 di rumahnya bermula 23 Januari hingga 1 Februari depan,” katanya. 
Allahyarham Sarjan Mohd Arshad telah berkhidmat selama 31 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here