Pusat urut beroperasi semasa PKP diserbu

0
1

POLIS menyerbu sebuah premis urut dan refleksologi di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor yang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) petang semalam. 
Dalam Op Covid-19 dan Op Noda yang dijalankan jam 3.30 petang itu, sembilan individu berusia 22 hingga 49 tahun ditahan termasuk tiga warga tempatan. 
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mereka ditahan membabitkan tujuh wanita dan dua lelaki tempatan.
“Tujuh wanita itu terdiri dari empat warga tempatan, masing-masing satu warga Indonesia, Vietnam dan Thailand.
“Antara barangan yang dirampas termasuk kunci premis, monitor, jadual pekerja, telefon bimbit, tuala, minyak urut dan wang tunai RM715,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya kes kini disiasat mengikut seksyen 55B, Seksyen 39, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Dzulkhairi berkata, kesemua yang ditahan itu juga dikompaun atas kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here