Belasah Bromwich, City pintas United di puncak liga

0
1

KEMENANGAN bergaya 5-0 ke atas West Bromwich telah melonjak Manchester City ke puncak Liga Perdana Inggeris.
Meskipun turun tanpa Ketua Pasukan Kevin De Bruyne, City tampak bersemangat dan bersedia menghadapi perlawanan ini dalam misi memungut tiga penuh sekaligus memintas jiran setempat Manchester United di singgahsana liga. 
Bertandang ke gelanggang lawan, anak buah Pep Guardiola tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan perlawanan melalui jaringan pemain Jerman Ilkay Gundogan seawal minit keenam.
Joao Cancelo melebarkan penguasaan City menerusi gol kedua pada minit ke-20, dan selang 10 minit selepas itu Gundogan sekali lagi menemui sentuhannya menjadikan kedudukan City mendahuli tiga gol tanpa balas.
Seminit sebelum babak pertama berakhir, City telah menambah derita Bromwich apabila Riyadh Mahrez mudah menjaringkan gol keempat perlawanan susulan hantaran cantik dari Rahim Sterling.
Bagaimanapun City hanya berjaya menambah satu gol sahaja pada babak kedua menerusi jaringan Sterling pada minit ke-57.
Selepas 19 perlawanan, akhirnya City kembali memimpin Liga dengan 41 mata, lebih satu mata dengan United di tangga kedua. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here