Kerajaan cuba elak laksana ‘lockdown’

0
1

KERAJAAN akan mencuba sebaik mungkin untuk mengelakkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau ‘lockdown’ yang menghalang sebarang aktiviti ekonomi dengan penutupan semua perniagaan dan kilang.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Zakiah Jaafar, berkata negara tidak mampu untuk menangani krisis ekonomi yang lebih serius dan berpanjangan.

“Secara dasarnya, dengan pendekatan PKP kedua yang dilaksanakan sekarang, dianggarkan kita mungkin memerlukan antara empat hingga enam minggu untuk meratakan lengkungan keluk Covid-19 bagi mencapai satu tahap yang boleh ditampung oleh sistem perkhidmatan kesihatan negara yang ada pada masa ini,” katanya seperti dilapor Bernama.

Menurutnya, pelaksanaan PKP kali kedua ini adalah berbeza berbanding PKP pada tahun lalu memandangkan lebih 90 peratus sektor dan perniagaan dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan majikan, pekerja dan usahawan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion baru-baru ini, merangkumi 22 inisiatif bagi memerangi pandemik Covid-19 serta mengurangkan kesannya kepada masyarakat dan ekonomi.-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here