‘Tayang’ punggung, adik Neelofa cetus kontroversi lagi

0
1

ADIK kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila memuat naik sekeping foto memaparkan bentuk punggungnya bersama satu jenama produk.

Menerusi perkongsian Instagramnya, Ameera memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menggunakan sejenis produk penjagaan kulit berharga ribuan ringgit untuk menganjalkan punggung.

Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan, 21, memaparkan bentuk punggungnya sambil menunjukkan sejenis produk pelembab jenama antarabangsa dengan kapsyen: “Melembabkan” dan diikuti dengan emoji berbentuk buah pic mewakili bentuk punggung.

Perkongsian tersebut tular dan menjadi bualan netizen yang menganggap tindakannya memuat naik gambar tersebut sebagai tidak beradab dan memalukan.

Soal salah seorang pengikut @geraklupaperoger5705, tiada perasaan malu ke buat hantaran gambar seperti ini?

Dia turut meminta Ameera untuk memadam gambar itu.

Seorang lagi pengguna Instagram @peterpetai turut meninggalkan komen bertanyakan, sama ada keluarganya menyukai perlakukan sebegitu.

“Family tak tegur ke?”, soalnya.

Lebih mengejutkan, hasil carian netizen mendapati krim tersebut dijual pada harga RM1,024 dan dianggap terlalu mahal untuk disapu pada bahagian punggung.

Sebelum itu, Ameera juga pernah mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan gaya bercangkung sambil mengenakan busana serba ketat berwarna coklat muda seakan-akan ‘telanjang’.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here