Cukup-cukuplah bertelagah sesama sendiri – Armand Azhar

0
1

AHLI-AHLI Umno diseru untuk menghentikan serangan sesama sendiri, sebaliknya memberi fokus kepada memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Risau dengan perkembangan semasa partinya, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Armand Azhar tampil menyeru ahli-ahli Umno supaya mengenepikan kepentingan peribadi yang boleh memecah belahkan perpaduan parti keramat orang Melayu itu.

“Saya memohon kepada semua ahli Umno, kepada semua kepimpinan, kepada semua penyokong untuk meletakkan perbezaan yang ada, letaklah keutamaan kepada penyatuan dalam parti.

“Umno hari ini memerlukan kita seia sekata untuk bergerak sebagai sebuah pasukan sebelum kita menghadapi PRU-15.

“Hanya melalui penyatuan, perpaduan dan gerak kerja yang tersusun, hanya kesatuan umat-umat Melayu khususnya ahli parti, kita akan menang PRU15,” katanya.

Arman yang juga Ketua Bahagian Umno Subang telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya hari ini, berkata, keretakan dalaman parti itu hanya menguntungkan musuh-musuh Umno.

“Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, jangan meletakkan perkara mengejar jawatan jauh kehadapan kita abaikan kepentingan orang-orang Melayu kita.

” Hari ini keretakan sudah berlaku, bibit-bibit menyerang kepimpinan kita telah bermula, cukup-cukuplah. Kalau masih ada politik menyerang dan merebut kuasa hendak menjatuhkan antara satu sama lain, yakinlah PRU15 sekali lagi kita akan beri mandat kepada Pakatan Harapan.

“Cukup-cukuplah kita berkelahi sesama kita, ini bukan masanya, ini bukan waktunya untuk kita bertelagah, ini adalah masanya untuk penyatuan kita. Kita mesti menang PRU15 nanti,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa Ketua Pemuda Bahagian telah menyuarakan desakan agar Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatan.

Malah lebih memburukkan keadaan, beberapa pemimpin Umno secara terbuka menyuarakan bahawa ahli-ahli Umno yang terlibat dengan kes pendakwaan di mahkamah sebagai liabiliti kepada parti itu. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here