Kartel daging: Tajuddin akui sindiket sudah lama wujud

0
1

BEKAS Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengakui bahawa sindiket kartel daging import memang telah lama wujud dalam pasaran di Malaysia.

Tajuddin berkata, perniagaan yang bernilai berbilon ringgit itu dimonopoli oleh beberapa pengimport dari kalangan bukan Bumiputera, dan terlibat dalam hal ehwal pasaran terbesar Melayu Islam.

“Masa saya di MOA (Kementerian Pertanian dan Indutri Asas Tani) dulu, saya persoalkan banyak kali dengan Jabatan Veterinar. Saya tak puas hati kenapa share (kongsi) import daging hanya 10 peratus daripada jumlah total (seluruh) import.

“Syarikat Allana dengan dua atau tiga syarikat eksport di India memonopoli hampir 90 peratus eksport daging ke Malaysia dan mereka berpakat dengan hanya dua atau tiga syarikat pengimpot bukan Bumi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Tajuddin, bagaimanapun semasa masih di MOA beliau telah meluluskan satu syarikat eksport di India untuk memberi peluang kepada syarikat milik pengimport Bumiputera.

“Saya telah mengambil tindakan meluluskan satu syarikat eksport d India untuk memberi peluang kepada syarikat pengimport Bumi.

“Syarikat yang telah ada tak boleh diharap. Mereka sudah berpakat dengan pengimport bukan Bumi dah berabad-abad,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor pada 7 Januari lalu.

Mereka disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Manakala, seorang pengarah dan tiga pekerja sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku di Johor direman empat hari berakhir pada 4 Januari lalu

Kesemua mereka yang direman itu berusia antara 39 hingga 50 tahun.

Empat direman berkenaan membabitkan pengarah, pengarah operasi, kerani syarikat sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku serta seorang lagi pengarah syarikat lain.

Ia berkaitan dengan laporan media sebelum ini melibatkan sindiket kartel daging yang dipercayai membawa masuk daging sejuk beku yang diragui status halal. -Malaysiapost

Berita berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here