Covid-19: Kes pertama babitkan Orang Asli di Kelantan

0
1

KETUA Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng menjadi individu pertama daripada masyarakat Orang Asli di Kelantan yang disahkan positif Covid-19.

Bidi yang menetap di Kampung Sangwai, Pos Brooke disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.

Bidi berkata, selain dirinya sendiri, anak lelakinya, Shahril Aswandi, 14, serta seorang penduduk Orang Asli dari Kampung Jedip turut disahkan positif Covid-19 dan dirawat di PKRC sama.

Dia yang dirawat dan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Sivik, Gua Musang sejak tiga hari lalu, memaklumkan kesihatannya sudah beransur pulih dan dijangka pulang ke rumah pada Isnin ini.

“Kami akan pastikan pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 sebelum pulang ke kampung.

“Sebelum disahkan positif Covid-19, saya mengalami gejala demam dan lemah tubuh badan,” katanya seperti dilapor Utusan.

Bidi turut menyeru masyarakat Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli di negeri ini terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Katanya, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) adalah penting bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. -Malaysiapost

Berita berkaitan:

36 pelajar SPM, STPM di Sabah dijangkiti Covid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here