Covid-19: 4,427 sembuh, 3,346 positif

0
1

JUMLAH kes sembuh lebih tinggi berbanding kes positif Covid1-9 apabila 4,427 kes sembuh direkodkan hari ini.

Jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan kes sembuh dalam negara setakat ini adalah 141,446 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes positif Covid-19 sebanyak 3,346 kes dicatatkan hari ini dengan 3.339 adalah penularan tempatan, manakala tujuh lagi adalah import.

“Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes ada 183,801 kes.

“Daripada jumlah ini, Selangor kekal negeri tertinggi dengan 950 kes, diikuti Kuala Lumpur (390); Sabah (431) dan Johor (378),” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, sebanyak 265 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 102 darinya memerlukan bantuan alat penafasan.

“Dukacita dimaklumkan 11 kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here