ISU rumah tangga pelawak dan pengacara, Shuk Sahar kembali jadi perhatian selepas isterinya mendedahkan juruhebah Hot FM itu curang sekali lagi.
Perkara itu dikongsi isteri Shuk, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Rossa menerusi beberapa hantaran menerusi Intagramnya.
Rossalennah mendedahkan Shuk masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama sebelum ini dikenali sebagai Fara Salleh.
“Selama ni aku diam, sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami. Tapi semakin lama diam mereka semakin menyakitkan hati.
“Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” tulisnya.
Rossa berkata, dia telah menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang, namun hampa kerana wanita tersebut mendakwa Shuk tiada di situ.
Malah Rossa berkongsi video dia menerjah rumah Fara yang memaparkan Fara memberitahu Shuk tiada di rumahnya.
“Allah SWT itu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.
“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai kamu buat macam ni dan terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.
“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku di mana,” luahnya lagi.
Rossalennah turut melahirkan rasa kecewa apabila Shuk didakwa tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama Fara.
“Kau setiap hari balik menipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?
“Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau, ” katanya.
Shuk sebelum ini pernah dikaitkan bermain kayu tiga dengan Fara sekitar Julai tahun lalu dan pernah memohon maaf secara terbuka serta mendapat kemaafan isterinya tahun.
Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun. – Malaysiapost
Artikel lain: https://malaysiapost.com.my/2021/01/23/ayah-okay-keluarga-pak-jamali/

