4,275 kes hari ini, rekod baharu tercipta lagi

0
2

SEBANYAK 4,275 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Malaysia hari ini, tertinggi sejak wabak itu melanda negara awal tahun lalu. 

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 180,455 dengan 42,769 adalah kes aktif dengan kebolehjangkitan. 

Sebelum ini angka jangkitan tertinggi Covid-19 di Malaysia direkodkan pada 16 Januari lalu iaitu 4,029 manakala pada 20 Januari sebanyak 4,008 kes dicatatkan. 

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,421 kes diikuti Kuala Lumpur (548), Sabah (498), Johor (425), manakala dua lagi negeri yang melebihi angka 200 ialah Melaka (278) dan Perak (208). 

Sarawak (193), Pulau Pinang (162), Terengganu (131), Negeri Sembilan (108) dan Kedah pula mencatatkan 105 kes. 

Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 iaitu Kelantan (78), Pahang (75), Putrajaya (35), Perlis (7) dan tiga kes di Labuan. 

Menurut KKM, kes sembuh baharu hari ini ialah 4,313 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 137,019 kes (75.9 peratus). 

Sebanyak tujuh lagi kematian dicatatkan melibatkan semua warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 667 (0.37 peratus). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here