Thaipusam: Setiausaha Politik MB pertahan keputusan Kerajaan Negeri Kedah

0
1
ALOR SETAR, 12 Mei -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri DUN Muhammad Sanusi Md Nor mempengerusikan sidang media khas berhubung isu politik Kedah di Kompleks PAS Kota Sarang Semut di sini --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SETIAUSAHA Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi hari ini mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri Kedah berhubung pembatalan cuti umum Thaipusam tahun ini.

Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata keputusan itu dibuat demi menjaga kemudaratan nyawa rakyat susulan penularan pandemik Covid-19 dan bukan kerana diskriminasi agama.

“Ia hanya semata-mata untuk menjaga mudarat nyawa akibat pandemik Covid-19. Asas paling besar ialah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19.

“Maka semua perayaan tidak disambut, termasuk Tahun Baru Cina. Hari Raya Puasa pun belum tentu dapat disambut jika PKP masih dilaksanakan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, cuti peristiwa Thaipusam tidak diberi kerana memang rakyat sudah ‘bercuti’ apabila kebanyakan mereka berkerja dari rumah ketika PKP.

“Ada sebilangan yang bekerja di tempat kerja terutamanya kumpulan ‘frontliner’. Cuti peristiwa adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Jumlah hari untuk cuti peristiwa adalah terhad. Untuk kelulusan satu-satu cuti peristiwa, kena dapat kelulusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri,” jelasnya.

Afnan berkata, Thaipusam adalah perayaan penganut Hindu dan di Kedah bilangan kaum India hanya 6.8 peratus sahaja.

“Daripada jumlah itu, ada yang beragama Islam, Hindu, Kristian dan lain-lain agama.

“Penganut agama Hindu masih berpeluang untuk merayakan Thaipusam secara terhad di rumah masing-masing mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Upacara sembahyang di kuil juga masih dibenarkan dengan kehadiran terhad kepada 1/3 kapasiti sesebuah kuil,” katanya.

Afnan berkata, ada pihak yang menyerang Kerajaan Negeri Kedah menyatakan kononnya negeri itu mengamalkan diskriminasi kepada agama Hindu.

Katanya, mengapa pihak berkenaan tidak menyerang Kerajaan Negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Semua negeri ini juga tidak bercuti sempena Thaipusam. Di negeri-negeri itu juga ada sebilangan penganut agama Hindu yang sambut perayaan Thaipusam.

“Soalan kedua. Sejak puluhan tahun BN jd kerajaan sebelum ini di Kedah, tiada cuti peristiwa diberikan utk Thaipusam di Kedah. Kenapa ketika itu tak serang BN? Jawab dulu dua soalan ni,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan keputusan itu susulan pelaksanaan PKP yang diumumkan kelmarin.

Katanya, SOP ketat akan dilaksanakan bagi penganut yang akan ke kuil untuk bersembahyang dengan mengehadkan jumlah mereka kepada satu pertiga daripada kapasiti rumah ibadat berkenaan selain upacara membabitkan pembawa kavadi tidak dibenarkan.

Menurut Muhammad Sanusi, SOP ketat juga akan dilaksanakan untuk sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan. -Malaysiapost

Berita berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here