PKP: Solat Jumaat dibenarkan di Pahang

0
1

KERAJAAN Negeri Pahang membenarkan solat Jumaat dilakukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifli Ali yang meminta semua jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, kaedah penentuan kehadiran jemaah adalah terbuka namun mereka wajib mengimbas suhu badan, merekod kehadiran melalui MySejahtera dan Moveon (PahangGo) yang disediakan di pintu masuk.

“Mereka yang bergejala dan kanak-kanak berumur kurang 12 tahun tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan fardu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, aktiviti pengajian agama hanya dibenarkan di masjid sahaja selepas solat Subuh serta antara waktu Maghrib dan Isyak sepanjang PKP sehingga 4 Februari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here