Real madrid disingkirkan kelab divisyen tiga

0
1

KELAB bola sepak gergasi, Real Madrid disingkirkan oleh kelab divisyen tiga iaitu Alcoyano.

Kekalahan ini paling mengejutkan apabila Madrid tewas 2-1 kepada kelab kerdil tersebut.

Memetik laporan AFP, Alcoyano menewaskan skuad kendalian Zinedine Zidane berbalas gol 2-1 dengan menyaksikan pemainnya dibuang padang dalam masa kecederaan.

Zidane memasukkan Eden Hazard, Karim Benzema dan Toni Kroos sebagai pemain gantian.

Manakala pemain Alcoyano, Ramon Lopez dilayangkan kad merah pada minit ke-109 kerana mengasari Casemiro.

Alcoyano membuat kejutan melalui pemainnya, Juanan yang meledak gol kemenangan ke atas Madrid yang terus mempamerkan kemerosotan prestasi.

Selepas juara bertahan itu, tewas kepada kelab Athletic Bilbao dalam saingan separuh akhir Piala Super Sepanyol minggu lalu, Madrid dimalukan pula oleh Alcoyano.

Kelab gergasi itu hanya mendapat satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, namun kekalahan memalukan ini pasti menambah tekanan ke atas Zidane. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here