Murid tahun 4 ‘Google Meet’ dalam ladang sawit

0
1

KEGIGIHAN seorang murid tahun empat di Sandakan, Sabah yang sanggup mendaki bukit dalam ladang kelapa sawit untuk dapatkan talian internet pada hari pertama persekolahan semalam, mencuri perhatian ramai.

Muhammad Amru Umair Ubay Ka’ab terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu terlepas peluang bersuai kenal dengan guru dan rakan sekelas menerusi pembelajaran Google Meet.

Murid tahun empat Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz (SRIDAH) itu berkata, biarpun liputan internet di tempat tinggalnya di Kampung Sinar Baru, Batu 12, bermasalah, tetapi dia tetap teruja untuk bersemuka secara online.

“Di atas bukit ini saja la senang dapat ‘line’ internet sebab di sini tinggi.

“Tapi terpaksa tahan panas & banyak nyamuk,” katanya seperti dilapor Wide TV.

Amru Umair yang ditemani bapanya perlu menunggang motosikal sejauh lebih satu kilometer untuk sampai ke ladang kelapa sawit milik sebuah koperasi bersebelahan Gum Gum Estate.

Suai kenal online itu berlangsung selama 45 minit dikendalikan Guru Kelas, Muallimah Suriati Abdul Kadir dan turut memperkenalkan guru-guru subjek lain.

Menurut Amru Umair, walaupun dia sudah terbiasa dengan keadaan kampung yang tidak mempunyai liputan internet, namun dia tetap berharap ada usaha pihak berwajib untuk menyediakan ekses internet berkelajuan tinggi di kawasan tersebut.

“Memang biasa sudah naik bukit atau pergi mana-mana kawasan tinggi untuk dapatkan line internet.

“Tapi tidaklah sampai panjat pokok. Cukup la duduk atas motosikal saja,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here