KERAJAAN bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga 4 Februari ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sabah.
PKP di semua negeri tersebut sepatutnya berakhir pada 26 Januari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata pelanjutan tempoh tersebut diselarikan dengan tamatnya PKP di semua negeri lain yang bermula esok.
Katanya, pelanjutan itu dibuat susulan penilaian risiko dijalankan KKM mendapati semua negeri berkenaan menujukkan peningkatan kes harian Covid-19 termasuk penularan dalam komuniti. – Malaysiapost

