Ketua Polis PJ bantu suri rumah curi ubat untuk anak sakit

0
1

Nurul Huda Abhar

BARU-baru ini tular di media sosial kisah suri rumah yang ditangkap di sebuah pasar raya kerana mencuri makanan dan ubat untuk anaknya yang demam.

Kejadian itu menarik perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal untuk mengunjungi keluarga yang kurang bernasib baik itu.

Menerusi perkongsian Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyerahkan bantuan makanan ketika melawat suri rumah berkenaan.

“ACP Nik Ezanee Mohd Faisal terpanggil untuk mengunjungi seorang suri rumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasar raya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.

“Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

“Atas dasar belas ihsan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan JKM telah menyumbang barangan makanan dan harian kepada beliau agar terus cekal menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini,” tulis hantaran itu hari ini.

Satu video berdurasi enam minit 26 saat juga dimuat naik memaparkan Nik Ezanee bersama anggota lain menghantar sendiri bantuan dan pelekat ‘Cool Fever’ ke rumah wanita tersebut.

“Saya rasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia tidak akan buat seperti itu.

“Kalau kita lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak lapar itu perkara yang sedih,” katanya dalam video itu.

Nik Ezanee juga sempat memberi kata-kata semangat kepada suri rumah itu dan berpesan jika terdapat sebarang masalah berkaitan boleh merujuk terus kepada balai polis berhampiran. – Malaysiapost

https://www.facebook.com/PolisDaerahPetalingJaya/videos/129772645574233/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here